Thursday, January 10, 2013

Fibroid During Pregnancy

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.
Tajuk omputih tetibe cerita dlm bm... nak kongsi sikit pasal fibroid...ye, sy didapati ade fibroid mase monthly check up 4 months hari tu...masa dr zarul scan tibe2 die cakap ade fibroid tp kecik je...so sy pun macam blur & tak tanye dengan lebih lanjut... then die ambik darah untuk segala2 test... mengandung kali ni saya cepat penat mungkin sbb faktor ofis jauh dari rumah dan saya kena drive merempuh mrr2 tiap2 hari...


Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

p/s: credit info from http://portal.alamhamil.com

Friday, January 4, 2013

Zaman Sekolahku....

Assalammualaikum...minggu ni rasenye semua ibu bapa dalam mood hantar anak ke sekolah, settlekan hal2 sekolah...as parent, takdela merasa lagi...cume thn baru ni niat nak hantar amani ke taska tercapai...alhamdulillah baru 2 hari dh ade nampak perubahan die terutama tentang berkawan dan belajar....tu nanti sambung entry lain ye...ni nak share zaman sekolahku...mengimbas2 kembali zaman sekolah kadang2 buat diri sendiri tersenyum...

aku memulakan zaman sekolah die tadika kemas bawah di bandar seremban..sebabnye dekat dengan ofis ayah aku...teringat lagi dengan kain baju kurung pink, baju pun pink cair ade logo kemas...pagi ikut ayah ke ofis, tgh hari duk ofis ayah, kekadang duduk umah kawan die yg ade anak satu sekolah...tp sekolah 6 bulan je...tak ingt sebab ape berenti...maybe sbb bosan, sekolah jauh...12 km dr rumah...tp sebenarnye bosan sbb kat rumah dr awal lagi arwah mak dah mengajar kitorg...so, bnk benda yg dh tau & along pun tadika sethn sebelum, so bnyk belajar dr buku2 die...

zaman sekolah rendah aku bermula di sekolah rendah kebangsaan king george v, orang2 panggil sekolah kgv...aku dlm kelas 1 melur...guru kelas pn maimunah...zaman aku darjah 1 ade lg bangunan sekolah papan, yg sekarang dh jadi padang...merasa jugak la kat sekolah papan...tak ingt sangat kawan2 aku tp yg aku ingt aku berkawan dengan noor eizza, skrg dh keje kat petronas...alhamdulillah aku bukan anak yg suke menyusahkan mak ayah...hari pertama lepas ayah hantar die blh balik sbb aku rase aku boleh je nak sekolah & uruskan diri sendiri...kenangan paling suspen bile periksa akhir tahun, aku dpt no 12, skali balik mak aku cek, banyak jawapan aku yg betul cikgu tak tanda...almaklumlah, cikgu tu dh nak pencen dh...lepas dibetulkan, aku dapat no 1...darjah 2 masuk kelas 2 dahlia...ramai lagi kawan2 yg still lagi contact...tp 1/2 thn je...lepas tu pindah sekolah taman selasih dekat gombak...time darjah 2 ni pun periksa dapat no 1...sampai la darjah 3 sekolah kat situ tp 1/2 thn jugak...sebabnye lepas tu masuk balik sekolah kgv...time ni masuk kelas 3 raye...jumpe balik kawan2 yg lame...ade yg sekelas ade yang tak...alhamdulillah dpt no 1 jugak la...then sampai la darjah 6, semua kelas raya...sepanjang sekolah rendah tiap2 tahun merasa la pegi hari penyampaian hadiah...muka ayah aku mmg femes time ni sbb aku ngan along slalu je ade tiap2 tahun...bangga mak ayah aku...

lepas dpt upsr dgn keputusan yg membanggakan mak ayah, aku pun masuk ke sekolah menengah kgv di bandar seremban...same je ngan along pun...die dh masuk dulu la...then duduk asrama....hari nak masuk asrama jiran aku hantarkan, dh arwah pakcik tu...naik land rover polis sbbnye ayahku mane ade kereta...kemana2 dengan moto je...merasa duduk asrama dlm 4 bulan je...sbbnye ade insiden yg semua warga asrama tak boleh lupe, histeria...along beria nak keluar sbb die penakut & tak blh belajar die kate...so ayah keluarkan aku skali...berulang la ke sekolah dengan bas awam...pegi blk naik bas..sampai timing bas pun dh ingt....alhamdulillah dapat habiskan sekolah dengan jaya...biasa la kalau ade buat2 nakal tapi dengan kawan2...takdela sampai susahkan hati mak ayah...ponteng kelas pun ade tp tu kalau cikgu takde, dari kelas kosong baik kite balik je...buat ape nak tunggu...pangjang lagi nak cerita tp tak larat nak menaip...ti sambung ek...

Wednesday, January 2, 2013

Pregnancy Journey - 16 weeks

Your baby is now about the size of an avocado (about 5 inches / 11.6 centimetres long from crown to rump and weighing approximately 4 ounces / 100 grams). In the next three weeks he'll go through a tremendous growth spurt, doubling his weight and adding inches to his length.

In or out of the womb, babies are playful creatures. Yours may already have discovered his first toy - the umbilical cord - which he'll enjoy pulling and grabbing. Sometimes he may even clutch it so tight that less oxygen gets through, but don't worry - he doesn't hold onto it long enough to harm himself. The circulatory system and urinary tract are in full working order, and he's inhaling and exhaling amniotic fluid through his lungs.

Sometimes, when you move suddenly, you may a feel a slight pain in your sides. Ligaments on each side of your uterus and pelvic walls are stretching as your baby grows. It's normal to feel some pain, but if it continues for a few days or escalates, talk to your doctor.

We've a guide to make sure you eat well in the next stage of your pregnancy.

• Note: Experts say every baby develops differently - even in utero. These fetal development pages are designed to give a general idea of how a fetus grows in the womb.
credit info from www.babycentre.com.my