Sedikit Sejarah
Minyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar mereka di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu. Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah "Aceite" yang dipinjam dari bahasa Arab "Az-Zeit". Pokok Zaitun mereka namakan "Aceituna" dan minyak Zaitun sebagai "Aceite de Oliva". Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.
Tanaman Zaitun
Pohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun. Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalusia yang dimulakan oleh kaum Arab. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.
Proses Mendapatkan Minyak Zaitun
Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin. Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.
Mengapa Minyak Zaitun Sihat
Setiap 8 hingga 10 kilo buah Zaitun, akan mengeluarkan 1 kg minyak zaitun. Inilah dinamakan Minyak Zaitun Extra Virgin dengan segala vitamin masih terdapat di dalamnya dengan aciditynya hanya 1% sahaja. Ia sangat sihat digunakan. Satu lagi gred baik untuk masakan adalah Refined.
Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah:
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant ( compound DHPEA-DPA ) yang memberi perlindungan yang kuat kepada cell darah merah dari kerosakan. ( awet muda, kuatkan jantung ).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh cell cancer. Sebab itu jumlah wanita yang kena Barah Buah Dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko Darah Tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang debab dan tidak debab.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya memproses gula badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko Diabetes 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause.
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.
Petua : Ia menjaga kecantikan rambut dan kulit seluruh badan. Melebatkan rambut. Baik untuk urut badan sengal-sengal. Kalau sembelit makan sesudu besar. Ubat melecet yang mujarab di kawasan manapun. Yang pergi Umrah ( debab-debab sikit ), biasanya melecet antara celah kelengkang setelah sa'i. Sapukan minyak ni. Sekejapan baik. Yang tinggal di negara sejuk atau panas, sebelum keluar rumah, sapu sikit aje minyak kat muka dan tangan.
Tuesday, June 8, 2010
Tuesday, June 1, 2010
AYAT KURSI
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Tuesday, May 25, 2010
Effects of COLD Water!!!

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
Saturday, May 22, 2010
Steamed Orange for Cough
Air Asia - Free Fare

bermula 18 mei - 23 mei 2010 air asia sekali lagi mengadakan promosi seperti sebelum ni...kalau dulu aku agak takut utk book sbb asyik terfikir, boleh ker...tp bila wani mempengaruhi aku n dia dh pergi ke Kota Kinabalu ikut promosi ni, btul2 buat aku teruja...then sebelum ni aku dh ade booking ke kuching n flight die this coming october...tak sabar nak pegi...n hari tu die dh inform aku awal ttg promosi air asia ni...then pada 18 tu mulala sibuk asyik call2 org je la kerja aku...hihihihi...plan nak pergi bercuti...aku n member2 baik aku mmg plan nak pergi bercuti kalau masing2 dh kawen...n inila masenye...aku n wani cube sehabis baik utk merebut tiket free ni utk 8 org...setelah berhempas pulas, ni la hasilnye...kami dapat book ke medan utk flight may 2011...lmbt lg tp at least time su semua kawan2 aku dh kahwin...so kire semua honeymoon before masing2 menambah keluarga masing2...tp aku sedikit kecewa sbb tak dpt nak book utk pergi bercuti ngan adik beradik aku...masih lg mencuba sbb ade lg 2 hari tmph promosi ni...
SPORTS DAY BKUM.UTUSAN...
Mei ni bnyk hari yg kena sambut...hari pekerja, hari ibu, hari guru n yg baru dlm life aku ialah sports day BKUM/Utusan...BKUM stands for Badan Keluarga Utusan Melayu...since aku dh 1 1/2 join keluarga utusan n ni first time aku terlibat ngan sports day ni...walaupun tak bersukan,tp sbg ajk aku rase aku cuba sumbangkan ape yg patut...nak bersukan cam takde talent jer...bg peluang kat warga2 utusan yg sememangnye pro belaka...sports BKUM ni diadakan 2 tahun sekali...semua warga utusan dan subsidiary akan involve utk jayakan sukan ni yg akan berlangsung selama hampir 2 bulan...mcm2 sukan yg akan dipertandingkan...bola sepak, boling, bola jaring, carrom, n mcm2 lagi la....yg terlibat ialah staff UMMB, UMES, UKSB, Printcorp, UP&D dan bnyl lagi la...for sure aku akan sokong UMES...UMES the best...aku try sehabis baik utk dptkan sponsor tuk UMES...kat UMES ni mmg ramai yg ade bakat2 terpendam dlm bidang sukan ni....hope UMES dpt jadi juara this year...nak share skit opening utk sports day ni yg dirasmikan oleh Tan Sri Hashim...

expand with new blog...
actually skrg mmg minat pasal masakan....n kat tv pun slalu bukak afc utk cari new resipi n bnyk resipi2 baru atau yg belum sy cuba....n kalau keluar mkn suke sgt ambik gmbr makanan yg sy dh cuba n restoran yg best2....so wujudla idea utk create blog baru khs tuk tu....kalau sesape yg minat nak paste new resipi ke atau share info2 pasal makanan, restoran ke atau ape2 yg baru, silalah...yg skrg still maintain but yg baru khas utk food...ni link ke blog baru sy... http://cari2-makan.blogspot.com/
Monday, May 17, 2010
Hari Guru...
Selamat hari guru untuk semua guru-guru...tak kire la yg pernah mengajar aku atau pun tak...epecially yg penah mengajar aku...arwah pn maimunah, pn rosmaniza, pn hamidah, arwah pn aminah, cikgu azhar hashim, mrs jaswant singh, pn rosmawati, pn mazwin...ramai jugak cikgu2 yang masih aku contact sampai sekarang...almaklumlah, family aku ni suke berpindah randah...rasenye sek ren 3 kali la aku pindah sekolah...then lecturer2 aku kat matriks sampai la kat uitm...tp seingt aku 2 org yg betul2 bagi kesan dlm hidup aku yg buat aku btul2 kadi org...actually aku ni bukan la dr kategori yg nakal n suka buat hal...kire type baik la kat sekolah...untung mak ayah aku dpt aku sbg anak...chewahhh...semua ilmu yg aku dpt mmg btul2 aku hargai...2 org yg aku maksudkan td ialah mrs jaswant singh mase aku standard 6...dgn die baru aku btul2 belajar english...kalau tak mmg teruk la english aku...tp alhamdulillah...time upsr tu aku dpt 4A...
then sorg lg ialah pm arun...die antara lecturer yg paling digeruni la...majoriti takut sbb dorg kate die suka failkan student...die mengajar aku kat uitm utk paper part4, far400....paper yg student paling kecut...n utk pertaman kalinye aku fail paper...seumur hidup tak pernah aku fail...tp mmg salah aku pun...mula2 tu rase upset sgt2...then bile aku pikir2 balik, mmg salah aku sbb tak belajar btul... "accounting is not as simple as abc that you can memorize without you understand that"...huhu ayat power die...before2 ni majority student akan menghafal, terrorkan blh hafal account..secara tak langsung semua student akan buat mcm tu...
then bile fail, next sem aku ambik lagi paper tu dgn die...kawan2 aku yg lain semua dh lari pilih lecturer lain...siap kena perli lg dgn die..."you tak takut fail lagi ke bile ambik dgn i..." power kan ayat die...macam nak bagi aku fail lg jer...but aku balas blk 'no, this time i dh ready nak belajar ngan pm.."...die kate ok n lets see...then every class die wajib kena bawak text book, 1 company punye annual report, accounting standard...mula2 tu rase bnyk nye benda nak kena bawak kalau masuk kelas die...lambat 1 minit pintu dh tutup...suka hati la nak masuk ikut tingkat ke, ape ke...kalau class kat level 3, pikir sendiri la cemane nak masuk...hehehe, tak ke jadi tarzan namenye...then kalau assignment salah, terus die campak keluar tingkap...ambik sendiri la kat bawah...n kalau presentation kat depan majority akan nangis tak tahan ngan soalan die yg bertubi-tubi cam peluru...
but second time aku ambik dgn die, baru aku realize semua benda yg diajar tu perlu...aku ingt ayat die, akaun tak boleh lancar...aku kena paham komsep n teori die...n benda tu yg aku pegang sampai sekarang...skrg aku realize sangat2 ape yg pernah die ajar aku...yg boleh buat aku success skrg...kalau jumpe die mmg aku nak wish thanx bnyk2...sbb die la aku phm bidang ni dgn lebih mendalam...

Monday, May 10, 2010
Hari Ibu
start dr hr jumaat bile bukak je fb ramai yg wish selamat hari ibu...ye, semlm semua org menyambut hari ibu...aku?...bile teringat2, buat aku sedih...aku dh takde mak...hr tu 1 may genap 1 thn mak aku pergi meninggalkan kitorg semua...then pd 1 may hr tu aku gagahkan juga diri walaupun penat masih tak hilang lagi utk balik ke seremban...aku melawat arwah mak, walaupun sekejap tp hati aku puas....sebagai anak, kadang2 terasa bnyk sgt salah & silap aku...tp yg membuatkan aku puas hati sgt2 sbb aku berpeluang menjaga mak masa die sakit terlantar di hospital...2005, first time mak masuk wad...keadaan die teruk sgt...so, kitorg sepakat nak hantar die ke hospital...puas pujuk2, tp kena marah jer la jawabnye...then aku janji, aku sendiri akan jaga die kat sana...aku tak tinggalkan die sorg2...almaklumlah, mak ni penakut skit...pada masa tu along n idin tengah final exam...izi baru je register semester baru...so, tinggal la aku sorg2...nak bergilir pun takde yg ganti...
mak warded pukul 12.30 mlm...time tu sunyi sgt kat hospital...then bile warded, bilik semua penuh, n mak diletakkan kat tengah2...maklum jela kat gov hospital...aku tau mak tak selesa, tp aku cuba pujuk die...then malam tu bile doktor masuk kan ubat, mak terus tak tahan nak buang air...die tak blh nak bgn, then kat situ jugak terlepas...mak malu btul time tu....die kate nanti susahkan nurse...aku ckp, "takpe mak, nanti angah bersihkan"...aku mencari2 mop, tp tak jumpe...then dengan tisu jer aku lapkan...aku cari kerusi roda sbb nak angkat mak sorg2 mmg tak larat...then aku bawak mak ke toilet...cuci n bersihkan ape yg patut, n biar die tido...aku yg tak dpt lelapkan mata...
then esok pagi2 baru ade doktor dtg utk check up....aku belikan mak pampers utk mudahkan die buang air...then lepas doktor check up, aku siap mandikan mak, aku balik sekejap nak ambik ape2 barang yg patut...mak pun dh dpt transfer tmpt yg lebih selesa...macam tu la rutin aku selama 1 minggu...dr malam jaga mak, pagi lepas dr check up, blk rumah basuh2 ape yg patut n tido sekejap...pukul 12 pergi hospital balik bawakan makanan utk mak, sampaila mak dh boleh keluar...penat tp aku puas sbb aku yg mandikan die, basuhkan kencing n berak die, suapkan die makan n semuanye la...
then thn 2006 n 2007 tu mak ade masuk wad lg, tp aku tak terasa penat sbb masing2 dh ade...so kitorg adik beradik gilir2 jaga mak...aku bersyukur sgt sbb kami adik beradik sama2 jaga mak...semuanye penah merasa, even adik aku yg lelaki pun sanggup mandikan mak...cume yg buat kami agak terkejut sbb mak pergi bukan waktu die sakit...die pergi dalam keadaan sihat, waktu duduk kat kerusi sambil berborak dgn anak...cuma aku jer yg takde waktu tu sbb aku dlm perjalanan ke johor...
bile mengingatkan hari ibu...aku rasa sayu sgt...walaupun aku ade ibu mertua skrg tp masih tak sama dgn mak...aku wish jugak kat ibu mertua aku yg aku panggil mak, tp mak kandungku takkan ade pengganti...al fatihah utk arwah mak...semoga die aman di sana dan ditempatkan dikalangan org2 solehah....amin
Subscribe to:
Posts (Atom)