Sedikit Sejarah
Minyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar mereka di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu. Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah "Aceite" yang dipinjam dari bahasa Arab "Az-Zeit". Pokok Zaitun mereka namakan "Aceituna" dan minyak Zaitun sebagai "Aceite de Oliva". Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.
Tanaman Zaitun
Pohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun. Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalusia yang dimulakan oleh kaum Arab. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.
Proses Mendapatkan Minyak Zaitun
Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin. Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.
Mengapa Minyak Zaitun Sihat
Setiap 8 hingga 10 kilo buah Zaitun, akan mengeluarkan 1 kg minyak zaitun. Inilah dinamakan Minyak Zaitun Extra Virgin dengan segala vitamin masih terdapat di dalamnya dengan aciditynya hanya 1% sahaja. Ia sangat sihat digunakan. Satu lagi gred baik untuk masakan adalah Refined.
Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah:
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant ( compound DHPEA-DPA ) yang memberi perlindungan yang kuat kepada cell darah merah dari kerosakan. ( awet muda, kuatkan jantung ).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh cell cancer. Sebab itu jumlah wanita yang kena Barah Buah Dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko Darah Tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang debab dan tidak debab.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya memproses gula badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko Diabetes 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause.
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.
Petua : Ia menjaga kecantikan rambut dan kulit seluruh badan. Melebatkan rambut. Baik untuk urut badan sengal-sengal. Kalau sembelit makan sesudu besar. Ubat melecet yang mujarab di kawasan manapun. Yang pergi Umrah ( debab-debab sikit ), biasanya melecet antara celah kelengkang setelah sa'i. Sapukan minyak ni. Sekejapan baik. Yang tinggal di negara sejuk atau panas, sebelum keluar rumah, sapu sikit aje minyak kat muka dan tangan.
No comments:
Post a Comment