Thursday, June 17, 2010

Solekan Ubah Bentuk Bibir



BIBIR mampu menterjemahkan perwatakan seseorang. Ada wanita yang dikatakan seksi hanya dengan melihat bentuk bibirnya yang tidak jemu dipandang lebih-lebih lagi oleh lelaki.

Justeru, ada yang sanggup melakukan pembedahan bagi merubah bentuk bibir. Daripada bibir yang nipis, pembedahan boleh membuatkan bibir seseorang itu menjadi tebal.

Pun demikian, bagi yang tidak berani melakukan pembedahan merubah bentuk bibir, boleh melakukannya dengan teknik solekan tertentu.

Teknik solekan ini boleh mengubah bibir yang nipis nampak tebal dan bibir yang tebal nampak nipis.

Solekan bibir memang boleh merubah penampilan wanita. Bibir tanpa solekan membuatkan seseorang wanita itu nampak pucat dan tidak berseri

Pakai pengilat bibir

Walaupun ingin membebaskan bibir daripada gincu pada hari cuti, suka atau tidak adalah lebih baik jika menyapu bibir dengan sedikit pengilat bibir (lip gloss) ketika berada di rumah, bersantai di taman atau ketika membeli-belah.

Pengilat bibir dapat melembapkan bibir, menyerikan wajah yang pucat selain mengelakkan bibir menjadi kering.

Lihat perbezaan wajah di cermin sebelum dan selepas menggunakan pengilat bibir. Anda pasti suka bibir anda yang telah diberi sentuhan pengilat bibir.

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

No comments: