Wednesday, June 16, 2010

Perdengar al-Quran sejak bayi

Saya tertarik dhn headline dr metro semlm ttg adik darwish & kakaknye darwisya...bagus betul parent die mengajar...selama ni yg sy tgk kebanyakan anak2 kecil didedahkan dengan lagu2, artis2 dll...kenapa kite tak guna cara seperti yg digunakan oleh Pn Mazlina utk mendidik anak....hehe, sy dh start buat azam, kalau la sy ade anak, sy akan cuba seperti cara yg telah beliau aplikasikan...tidaklah terlalu mengharap anak sy nanti menjadi hafiz, tp sekurang2 asas2 tu cukup untuk bekalan diri sendiri...tp kalau mampu utk menghafaz lg bagus...ni antara panduan yg telah diberikan oleh beliau...bolehla kite sama2 mencuba...
Panduan mengajar:

* Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Lakukan lima hari seminggu. Biasanya paling awal pada jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam.
* Jangan marah. Selalunya ibu bapa cepat naik angin ketika mengajar anak mengaji.
* Sekiranya ingin marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika selalu memarahi kanak-kanak ketika mereka mengaji, mereka tidak akan suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji.
* Hanya marah jika mereka tidak mahu mengaji.
* Puji dan tepuk tangan dengan wajah ceria sekiranya mereka boleh membaca dengan betul.
* Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang dimahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
* Sabar serta tidak lupa disiplinkan diri sendiri dan anak untuk mengaji setiap hari. Jangan pula berharap anak akan terus pandai dengan sekali mengajar. Memang sangat mencabar untuk mengajar anak-anak kecil tetapi hasilnya sangat lumayan.
* Rajin membacakan surah yang diinginkan untuk hafazan anak sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Lama-kelamaan mereka boleh mengikut kita membacanya.
* Paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak. Berdoalah di dalam dan di luar solat.
* Berdoa boleh menimbulkan sikap positif pada diri untuk mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak-kanak masih kecil dan tidak banyak dosanya.
* Ramai yang lalai mendoakan anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

No comments: