Tuesday, June 22, 2010

TAG from HIDUP KENA SLAMBER

1) Apakah yg bermain di fikiran anda sekarang?
Mengantuk sesgt...rase nak tido...best kalau dpt bantal ni...

2)Apakah nama samaran anda?
Aie, Angah, Yani...

3)Berikan 3 org yg anda sayang?
Family, husband n myself...

4)Panggilan utk si dia
leh disclosed ke?..sy panggil die abang

5)Hadiah yg diimpikan dr seseorang yg istimewa / sahabat baik?
comforter set..mmg suke sesgt la kalau dpt...

6)Blog mana yg anda suka tengok?
semua yang ade entry baru...

7)Tagkan pada 15 org blogger
-una
-ajie
-along
-agustina
-kak dura
-kak asnida
-kak aida
n sume2 kawan2 sy...

thanx kak su coz tagging...boring2 ni leh la update blog

Terima kasih pada acik rin yang sudi tag kat aku..heheheh....maap yea cik rin lambat nak reply ko punya tag nie, bukan apa kena Q ngan anak²....ahakssss..♥♥♥

Thursday, June 17, 2010

Solekan Ubah Bentuk Bibir



BIBIR mampu menterjemahkan perwatakan seseorang. Ada wanita yang dikatakan seksi hanya dengan melihat bentuk bibirnya yang tidak jemu dipandang lebih-lebih lagi oleh lelaki.

Justeru, ada yang sanggup melakukan pembedahan bagi merubah bentuk bibir. Daripada bibir yang nipis, pembedahan boleh membuatkan bibir seseorang itu menjadi tebal.

Pun demikian, bagi yang tidak berani melakukan pembedahan merubah bentuk bibir, boleh melakukannya dengan teknik solekan tertentu.

Teknik solekan ini boleh mengubah bibir yang nipis nampak tebal dan bibir yang tebal nampak nipis.

Solekan bibir memang boleh merubah penampilan wanita. Bibir tanpa solekan membuatkan seseorang wanita itu nampak pucat dan tidak berseri

Pakai pengilat bibir

Walaupun ingin membebaskan bibir daripada gincu pada hari cuti, suka atau tidak adalah lebih baik jika menyapu bibir dengan sedikit pengilat bibir (lip gloss) ketika berada di rumah, bersantai di taman atau ketika membeli-belah.

Pengilat bibir dapat melembapkan bibir, menyerikan wajah yang pucat selain mengelakkan bibir menjadi kering.

Lihat perbezaan wajah di cermin sebelum dan selepas menggunakan pengilat bibir. Anda pasti suka bibir anda yang telah diberi sentuhan pengilat bibir.

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Wednesday, June 16, 2010

Perdengar al-Quran sejak bayi

Saya tertarik dhn headline dr metro semlm ttg adik darwish & kakaknye darwisya...bagus betul parent die mengajar...selama ni yg sy tgk kebanyakan anak2 kecil didedahkan dengan lagu2, artis2 dll...kenapa kite tak guna cara seperti yg digunakan oleh Pn Mazlina utk mendidik anak....hehe, sy dh start buat azam, kalau la sy ade anak, sy akan cuba seperti cara yg telah beliau aplikasikan...tidaklah terlalu mengharap anak sy nanti menjadi hafiz, tp sekurang2 asas2 tu cukup untuk bekalan diri sendiri...tp kalau mampu utk menghafaz lg bagus...ni antara panduan yg telah diberikan oleh beliau...bolehla kite sama2 mencuba...
Panduan mengajar:

* Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Lakukan lima hari seminggu. Biasanya paling awal pada jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam.
* Jangan marah. Selalunya ibu bapa cepat naik angin ketika mengajar anak mengaji.
* Sekiranya ingin marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Jika selalu memarahi kanak-kanak ketika mereka mengaji, mereka tidak akan suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji.
* Hanya marah jika mereka tidak mahu mengaji.
* Puji dan tepuk tangan dengan wajah ceria sekiranya mereka boleh membaca dengan betul.
* Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang dimahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
* Sabar serta tidak lupa disiplinkan diri sendiri dan anak untuk mengaji setiap hari. Jangan pula berharap anak akan terus pandai dengan sekali mengajar. Memang sangat mencabar untuk mengajar anak-anak kecil tetapi hasilnya sangat lumayan.
* Rajin membacakan surah yang diinginkan untuk hafazan anak sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Lama-kelamaan mereka boleh mengikut kita membacanya.
* Paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk kebaikan anak-anak. Berdoalah di dalam dan di luar solat.
* Berdoa boleh menimbulkan sikap positif pada diri untuk mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak-kanak masih kecil dan tidak banyak dosanya.
* Ramai yang lalai mendoakan anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Tuesday, June 8, 2010

ISTERI

•Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
•Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
•Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu,selamanya!
•Seorang isteri tdk akan menangis dengan mudah, kecuali didepan org yg sangat dia sayangi,dia akan menjadi lemah!
•Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
•Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
•Wahai suami2,jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan mensia-siakannya.
•Mungkin,kerana keputusanmu,kau merosak kehidupannya.
•Saat dia menangis didepanmu,saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedlm matanya.Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
•TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
•SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
•PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
•Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
•Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
•Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
•Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
•TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

CINTA

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
Janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang
Kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapapun.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi…
kembali kan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas & jujur.
Jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan…

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa,
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya ! kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harus di persalahkan. ..
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yg berlaku ade maksud yang tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya ! pernah singgah di hati mu..

Minyak Zaitun

Sedikit Sejarah
Minyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar mereka di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu. Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah "Aceite" yang dipinjam dari bahasa Arab "Az-Zeit". Pokok Zaitun mereka namakan "Aceituna" dan minyak Zaitun sebagai "Aceite de Oliva". Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.

Tanaman Zaitun
Pohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun. Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalusia yang dimulakan oleh kaum Arab. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.

Proses Mendapatkan Minyak Zaitun
Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin. Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.

Mengapa Minyak Zaitun Sihat
Setiap 8 hingga 10 kilo buah Zaitun, akan mengeluarkan 1 kg minyak zaitun. Inilah dinamakan Minyak Zaitun Extra Virgin dengan segala vitamin masih terdapat di dalamnya dengan aciditynya hanya 1% sahaja. Ia sangat sihat digunakan. Satu lagi gred baik untuk masakan adalah Refined.

Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah:
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant ( compound DHPEA-DPA ) yang memberi perlindungan yang kuat kepada cell darah merah dari kerosakan. ( awet muda, kuatkan jantung ).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh cell cancer. Sebab itu jumlah wanita yang kena Barah Buah Dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko Darah Tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang debab dan tidak debab.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya memproses gula badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko Diabetes 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause.
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.

Petua : Ia menjaga kecantikan rambut dan kulit seluruh badan. Melebatkan rambut. Baik untuk urut badan sengal-sengal. Kalau sembelit makan sesudu besar. Ubat melecet yang mujarab di kawasan manapun. Yang pergi Umrah ( debab-debab sikit ), biasanya melecet antara celah kelengkang setelah sa'i. Sapukan minyak ni. Sekejapan baik. Yang tinggal di negara sejuk atau panas, sebelum keluar rumah, sapu sikit aje minyak kat muka dan tangan.

Tuesday, June 1, 2010

AYAT KURSI

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8.Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Creatives...