Thursday, December 9, 2010

Support bisnes kawan2...

sy sgt menyokong kawan2 sy yg berminat nak tambah pendapatan dgn berbisnes ni...bukan ape, dr bisnes kecil-kecilan ni la makin lama semakin maju...tak salah kan?...sekurang-kurangnye bnyk pengalaman dan kenalan baru...sy nak promote antara bisnes kawan2 sy yg baru nk bermula...kepada sesiapa yg berminat blh la order dr mereka2 ini...

1. bisnes perfume

2. bisnes tupperware & kaftan http://pristanamall.blogspot.com/

3. bisnes aircraft replica http://gdeynmall.blogspot.com/

Lagi info tentang Cloth Diapers

Bagaimana nak pre-wash CD?
Pre wash ataupun basuhan kali pertama.. Basuh Cloth Diapers (CD) baru anda menggunakan sabun yang tiada pelembut, bahan kimia, peluntur dan tidak panas pada tangan. Jika anda menggunakan mesin basuh, gunakan Laundry Bag supaya CD anda lebih tahan lama. Kemudian jemur CD anda di bawah cahaya matahari atau, jemurkan di dalam rumah.

Ulangi proses ini sebanyak 3 kali supaya insert anda memiiliki lebih kuasa penyerapan.


Bagaimana nak basuh CD apabila bayi buang air kecil?
Keluarkan insert dari CD, bilas CD dan insert sehingga tiada bau air kencing. Masukkan ke dalam Laundry Bag dan masukkan ke dalam mesin basuh.


Bagaimana nak basuh CD apabila bayi buang air besar?

Pancutkan air paip ke arah CD supaya najis tanggal. (Lakukan di mangkuk tandas). Keluarkan insert dari CD. Gosokkan CD dengan sabun sehingga hilang warna dan bau. (Tidak digalakkan menggunakan berus kerana dikhuatiri material microfleece rosak). Lakukan perkara yang sama kepada insert. Kemudian, masukkan ke dalam mesin basuh.

Biasanya, warna najis pada insert tidak hilang. Jangan risau, jemurkan di bawah cahaya matahari, dan lihat hasilnya nanti. Tiada kesan yang tinggal!


Jika dirumah pengasuh,apa yang perlu saya pesankan kepada pengasuh?
Jika bayi hanya membuang air kencing, simpan sahaja ke dalam beg plastik tanpa membasuhnya. Jika bayi membuang air besar, minta pengasuh bayi anda membuang najis ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancutan air. (Tidak perlu menggunakan sabun)
wet bag

Kemudian masukkan ke dalam bag plastik atau wetbag. Sampai di rumah, anda perlu lakukan kaedah seperti arahan (3) di atas.

info dr
http://anje-babiescenter.blogspot.com/

Cloth diapers info...

disebabkan sy dh story sket tgg cloth diapers (CD) utk entry sblm ni...so sy nak share skit info utk semua...

Penggunaan Kali Pertama:
Sebelum menggunakan CD untuk kali yang pertama, pastikan CD (sarung dan insert) telah dicuci terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa-sisa yang mungkin terdapat dalam fabric semasa proses pengilangan.

Untuk mendapat kesan penyerapan fabric (insert) yang lebih berkesan, cuci insert sebanyak 3 kali sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Penggunaan yang seterusnya hanya memerlukan sekali cucian.

CD boleh dicuci tangan atau dengan mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan CD.

Keringkan CD di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer).

 
Perhatian dan Peringatan:
Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain (Softlan) - Penggunaan bahan-bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan CD mungkin juga turut terjejas dan akan mengurangkan kadar penyerapan disebabkan tindakbals bahan kimia terhadap material.

Elakkan seterika - Cloth diaper tidak perlu diseterika. Bahan elastik pada CD akan lebur atau menjadi tidak kenyal apabila terdedah kepada haba tinggi.

Cuci dengan air sejuk - Cucian kering atau cucian air panas akan menjejaskan kualiti CD.
Elakkan berus dan penggosok – hujung berus atau penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti CD.

Wednesday, December 8, 2010

Shopping time for our baby...

baru bersemangat nak update blog...sbbnye sy dh tuka layout die...try cari2 yg interesting & ok tak?...tak kire la, janji sy suke...dr last month dh start shopping tuk barang baby sket2...first thing yg we all beli is cloth diaper...sy sgt menyokong cd...hasil dr survey sy br membeli 10 helai cd brand coolababy bamboo...sesape berminat blh la order dr kak long ...akan ade order lg ye kak...hehehe, thanx for your service & info...


then weekend hr tu sambung lg bershopping utk baby...turn kali ni nak beli baju2 baby pulak...disebabkan first time nak shopping, agak excited tgk baju2 baby yg kecil & comel2...sempatla rembat 13 helai...kalau ikutkan hati semua cantik2 tp kena control...everything kena tgk budget...& sempat la rembat stokin & sarung tangan baby 4 helai...nanti sy upload je baju2 baby yg comel2...

skrg tgh duk survey2 nak order tilam kekabu, comforter baby, barut, bedung dll...bnyk jugak utk starting ni...but utk mase skrg stop shopping for yourself ye aie...ok2 sy terpaksa menahan nafsu utk tgk baju cantik,kasut & handbag...bukan blh pakai skrg ni pun...kalau ade member2 blogger yg ade info blh la share2 ye...tak baik kedekut2 info tau