
Penggunaan Kali Pertama:
Sebelum menggunakan CD untuk kali yang pertama, pastikan CD (sarung dan insert) telah dicuci terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa-sisa yang mungkin terdapat dalam fabric semasa proses pengilangan.

CD boleh dicuci tangan atau dengan mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan CD.
Keringkan CD di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer).
Perhatian dan Peringatan:
Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain (Softlan) - Penggunaan bahan-bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan CD mungkin juga turut terjejas dan akan mengurangkan kadar penyerapan disebabkan tindakbals bahan kimia terhadap material.

Cuci dengan air sejuk - Cucian kering atau cucian air panas akan menjejaskan kualiti CD.
Elakkan berus dan penggosok – hujung berus atau penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti CD.
No comments:
Post a Comment