MERAWAT DIRI
SEMASA BERPANTANG
PILIS
Cara
penyediaan
Kulit
kayu manis dan air – gesek kulit kayu manis @ jadikan serbuk kemudia tambah air
untuk digunakan.
BARUT DAN
BENGKUNG
Cara
penyediaan
2
sudu kapur + air perahan asam jawa @ limau nipis. Sapu pada perut sekali sehari
dan kemudian baru pakai barut @ bengkung
BERTUNGKU
MANDIAN DENGAN AIR MANDIAN HERBA
AIR KUNYIT DAN
HALIA
Cara
penyediaan air kunyit
Kunyit
hidup sebesar ibu jari. Bakar pada api sampai layu kemudian ditumbuk. Campurkan
dengan suku gelas air, kemudian tapis dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Cara
penyediaan air pati halia
Halia
sebesar tapak tangan, 2.5 liter air, gula kabung, 2 biji cengkih & sehelai
daun pandan.
Ketuk
halia dan kemudian rebus hingga mendidih bersama bahan lain. Kecilkan api dan
rebus hingga air jadi 1 liter sahaja.
Sejukan
dan simpan dalam botol. Boleh disediakan semasa minggu ke 36-38 mengandung.
Boleh diminum sepanjang berpantang.
Cara
minum: tuang sedikit pati dan campurkan air.
Jangan minum terlalu banyak.
TAMBAHAN
Petua naikan
seri wajah.
Secawan beras (dibersih dan dikisar)
Sebuku kunyit hidup (dikisar)
Bancuh
keduanya dan ditambah air. Selepas cuci muka dengan air bersih sapukan ke muka
seperti bedak sejuk selama 3 malam.
No comments:
Post a Comment